Friday, June 7, 2013

ADAT MELAYU LENGGANG PERUT:SUATU SIMBOLISME YANG MEWAKILI PERTUTURAN YANG TAK TERUCAPKAN.




Rohani binti Ismail. Ijazah B.A (Hons) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Master Of Humaniora di Universitas Gadjah Mada (Yogyakarta). Mendalami dalam bidang bahasa, budaya, pemikiran dan masyarakat.




Elok Budinya
Indah Bahasanya
Mulia Hatinya
Itulah Masyarakat Melayu


ADAT MELAYU
LENGGANG PERUT:SUATU SIMBOLISME YANG MEWAKILI PERTUTURAN YANG TAK TERUCAPKAN.

 
1.1    Definisi
  
          Secara umumnya, adat dapat  didefinisikan sebagai suatu aturan yang ditetapkan dan dipersetujui oleh suatu masyarakat dan  cara hidup yang meliputi tingkah laku, kepercayaan, dan sebagainya. Adat itu muncul daripada suatu pemikiran mengenai cara hidup yang  tidak dizahirkan tetapi apabila dizahirkan melalui simbol-simbol  seperti dalam adat melenggang perut atau adat bersanding, akhirnya akan menjadi suatu budaya. Dengan kata lain, budaya merupakan suatu bentuk perlakuan atau perbuatan yang memaparkan suatu refleksi atau cerminan adat sesuatu masyarakat. Adat adalah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah dan merupakan budaya yang asal  sementara  budaya pula dapat berubah. 


1.2    Adat Melenggang Perut  


           Adat lenggang perut diadakan bertujuan untuk bersosialisasi atau  interaksi sosial dalam masyarakat Melayu. Adat ini hanya dilakukan untuk kelahiran anak sulung, hamilnya sudah masuk tujuh bulan dan diadakan di rumah mertua (rumah ibu kepada suami). Rasa kasih sayang seorang ibu mertua ditunjukkan dengan mengadakan upacara adat lenggang perut menantu wanitanya dengan persiapan segala kelengkapannya untuk berbahagi rasa gembiranya kepada semua tetamu terutama jiran tetangga. Adat ini biasanya diadakan dalam masa cuti sekolah, hari Jumaat selepas solat Asar dan dihadiri oleh kaum wanita atau ditemani anak-anak perempuan dan lelaki. Pihak lelaki akan berada di beranda atau di luar rumah sambil minum, makan  atau berbual-bual sesama mereka. Untuk wanita yang mengandung, adat ini sangat penting kerana ia akan merasa lega, tenang, apabila mendapat perhatian daripada ibu mertua, kaum keluarga, dan jiran tetangga. Selanjutnya, ia juga mendapat doa kesihatan, kesejahteraan, dan keselamatan anak dalam kandungan, serta rasa ceria, gembira, dan bahagia. Ada pendapat yang mengatakan bahawa wanita hamil yang sentiasa ceria dan bahagia   akan melahirkan bayi yang riang gembira dan terhindar daripada hal-hal yang tidak diingini.  Adat yang diamalkan ini berbeza-beza mengikut resam negeri atau masyarakat masing-masing sebagaimana hal  yang dilakukan oleh peneliti dengan responden dari Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu.



1.3       Perlengkapan Dalam Adat Lenggang Perut
a)   Perlengkapan  Sebelum Mandi
-padi,  benang mentah, kelapa muda
  (dalam sebuah pinggang yang berisi padi, di tengah-tengahnya diletakkan kelapa 
    muda yang telah dikupas dan dililit dengan benang mentah)
 -1 helai   kain batik
 -1 helai kain lepas barat
-sirih pinang
  ( dimakan ibu hamil)
-torak
 -duit

b)    Perlengkapan Untuk Mandi                             
-3 biji limau purut  
-7 jenis bunga
-3 janur pelepas
-1 biji tepung tawar sebesar telur ayam 

c)     Perlengkapan untuk persandingan kecil
-pelaminan kecil yang berisi sebuah kerusi
-1 mangkuk besar atau pahar yang berisi nasi kunyit dan telur merah
-garam

d)    Jamuan untuk tetamu
-nasi kunyit, gulai daging, ikan kering, telur dadar, air teh atau sirap

e)    Menabur atau Berbahagi rezeki
- gula-gula, duit shilling, beras  kunyit            

        Kesemua perlengkapan ini mempunyai makna atau simbol-simbol yang diharapkan oleh ibu yang hamil.  Semua hal ini akan dibincangkan pada tulisan yang berikutnya.









pelepas


3 biji limau purut dan
7 jenis bunga

 



torak

1 comment: